Zizie Ezette & Datuk Bung Mokhtar Radin belum ada rejeki

PERKAHWINAN mereka pada 16 Disember, 2009 lalu sempat menimbulkan kontroversi. Namun masa berlalu, kini tiada lagi kontroversi. Aktres putih gebu, Zizie Ezette,32, sebaliknya nyata sedang diulit kebahagiaan bersama suami tercinta, Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin.
 
Sementelah, usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah dua tahun, Zizie tidak dapat menyembunyikan keinginannya untuk memiliki cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan berumah tangga.
 
Ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Sering Ukay, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini, akui Zizie yang kelihatan anggun dalam persalinan ungu, dia dan suami tidak pernah merancang untuk mempunyai anak pada waktu tertentu.
 
Malah, ungkap Zizie, dia sendiri sebenarnya sangat teruja menjadi seorang ibu. Bagaimanapun, Zizie dan suami menganggap mereka masih belum ada rezeki untuk menimnang anak buat masa ini.
 
"Saya akui yang kami pernah menjalani pemeriksaan (perubatan) bersama-sama dan keputusan yang diterima adalah masing-masing tidak ada masalah kesihatan yang mampu menghalang kami untuk memperoleh anak.
 
"Walaupun kami memang inginkan sangat menimang cahaya mata, tet
api itu semua adalah kehendak dan ketentuan Allah. Bagi saya, mungkin ada hikmah di sebaliknya atas situasi yang kami alami ini," luah pemilik nama sebenar Zizie Izette Abd. Samad ini.
 
Walaupun mengakui sangat gembira dan selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang, Zizie nyata tidak menolak untuk bergelar ibu.
"Sebenarnya saya sudah bersedia untuk bergelar seorang ibu pada bila-bila masa sahaja," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...