Logo MAS dan Air Asia di baju Queens Park Rangers (QPR).


 
Hari ini  Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia  ialah penaja baru Queens Park Rangers (QPR). Logo MAS akan tertera pada jersi utama (home kit) QPR manakala logo Air Asia akan tertera pada jersi kedua (away kit) dan jersi ketiga (third kit) QPR.
Kontrak penajaan Queens Park Rangers ini adalah selam 2 tahun dan bernilai berbillion ringgit. Ini menyaksikan 2 lagi syarikat gergasi Malaysia menaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Genting menaja Aston Villa.
 
Penajaan ini ialah 1 strategi penjenamaan dan pemasaran terbaru MAS untuk mengukuhkan jenama MAS di peringkat antarabangsa sekaligus merebut tempat dalam industri penerbangan antarabangsa.
Menurut sumber, jersi utama yang tertera logo MAS akan dipakai dalam perlawanan menentang Newcastle United di Loftus Road (13 Sept 2011).
 
Ini menjadikan MAS dan Air Asia menjadi syarikat penerbangan ke 3 dan ke 4 menaja kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Emirates menaja Arsenal dan Ethihad menaja Manchester City musim 2011/2012 ini.
Dengan Tan Sri Tony Fernandes sebagai pemilik baru QPR dengan pegangan 66% saham memudahkan urusan MAS dan Air Asia  taja Queens Park Rangers menjadi kenyataan

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...