"Doa buat kekasih " - Apek dan Elia gaduh ke?

Desas-desus mengenai pertunangan Jejari Runcing (Elia) dengan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama manja Apek.
 
khairul fahmi apek
 
Buat yang tidak nampak apa yang ditulis di atas, menurut satu sumber katanya Apek dilihat bersama dengan seorang wanita lain baru-baru ini. Desas-desus keretakan ini dikuatkan pula dengan entri terbaru di blog Jejari Runcing yang bertajuk "Doaku Buat Kekasih".
 
Saya mendoakan agar desas-desus ini adalah tidak benar sama sekali. Saya berharap agar ini cuma khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang dengki dengan kebahagiaan Apek dan Elia. Buat Apek dan Elia, semoga tabah menghadapi dugaan semasa pertunangan. Darah tengah manis kena banyak tarik nafas dalam-dalam. Tak gitu?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...