Gambar | Adakah ini adik kepada ulat bulu yang serang Jakarta semalam?


PENDUDUK menunjukkan ulat bulu  merayap di tangan yang boleh menyebabkan ruam  pada kulit yang kini banyak  ditemui  di kepulauan Bali dan Jakarta Barat.

 
PENDUDUK menunjukkan ulat bulu merayap di tangan yang boleh menyebabkan ruam pada kulit yang kini banyak ditemui di kepulauan Bali dan Jakarta Barat.
Penduduk gusar serangga merayap dalam rumah menyebabkan kulit gatal

JAKARTA: Ribuan ulat bulu ditemui di atas 30 pokok pain di Tanjung Duren Utara, Jakarta Barat. Ia adalah serangan ulat bulu pertama di ibu kota ini sejak serangan awal dilaporkan di Jawa Timur dua minggu lalu. Pulau peranginan Bali turut dilaporkan diserang ulat bulu itu yang menyebabkan ruam jika disentuh. Ketua Pejabat Pertanian dan Perhutanan Jakarta Barat, Bambang Wisanggeni, berkata pejabatnya menyembur pokok itu dengan racun serangga Isnin lalu.

"Setakat ini ulat bulu hanya ditemui di Tanjung Duren Utara," kata Bambang, menambah beliau tidak dapat memberi jaminan bahawa serangan ulat bulu tidak akan tersebar di tempat lain di ibu kota ini.

"Ini fenomena semula jadi. Kami akan terus memantau situasi ini. Kami sudah menghantar sampel ulat bulu kepada Institut Pertanian Bogor," katanya.

Penduduk tempatan di Tanjung Duren Utara berkata, ulat bulu itu merayap dalam rumah penduduk dan menyebabkan ruam.
"Ulat bulu ini amat mengganggu. Ia merayap dalam rumah dan menjadikan kulit kami gatal selama beberapa hari. Bulunya panjang," kata penduduk, Nurhayati.

Menurut Kementerian Pertanian, ulat bulu itu tidak menjejaskan tanaman. Kerajaan ketika ini memantau penyebaran serangga terbabit.

Ulat bulu itu kali pertama ditemui di beberapa kawasan di Jawa Timur. Dalam tempoh beberapa hari, serangan sama dilaporkan di Bekasi, Jawa Barat dan Buleleng, Bali.

Sementara itu, Menteri Pertanian Suswono memberitahu akhbar Jakarta Globe kelmarin, bahawa ulat bulu tidak akan menjejaskan bekalan makanan.

"Ia tidak menjejaskan tanaman makanan kerana ulat bulu hanya menyerang daun dan bukan membunuh tanaman," katanya.

Penyelidik masih memantau dan mencari punca utama serangan, katanya.
"Ia mungkin disebabkan perpindahan atau habitat lama dimusnahkan. Antara andaian ialah kekurangan pemangsa semula jadi seperti burung," katanya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...