Mizz Nina | What You Waiting For

FENOMENA penyanyi jelita Mizz Nina memang susah CAK nak sangkal kerana sejak awal kemunculannya dengan lagu What You Waiting For sekitar tahun lalu, terus satu Malaysia demam!

Wow! Memang hebat impak daripada pelaburan dilakukan Mizz Nina untuk memperkenalkan muziknya. Walaupun popularitinya tidak panjang, namun sebenarnya hanya berlandaskan lagu itu, pelbagai tawaran dan undangan lain pula menyusul.


Terbaru, CAK diberitahu seorang teman yang sebenarnya lagu popular Mizz Nina yang kini tunangan Noh Hujan itu, tersenarai sebagai antara lagu paling banyak dimuat turun hingga pihak Maxis bakal menyampaikan cenderahati istimewa kepadanya pada Rabu ini.

Bukan calang-calang, hampir 700,000 muat turun menerusi lagu What You Waiting For itu saja. Memang hebat dan meletup!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...